Thursday, October 21, 2010

hari yang paling panjang!

10.10.10 satu tarikh yang menarik!hari yang paling panjang!dan banyak lagi!
pagi yang bermula dengan kegagalan syaitan dengan selimutnye!solat subuh berjemaah di khemah pusat binaan ku!

selepas sarapan semua bersiap dengan aktiviti pertama utk extreme outdoor expedition nih!untuk group aku aktiviti dilakukan mengikut gunung!so gunung santubong!
first aktviti adalah navigation!menjejak!seperti yang aku da belajar!control marker adalah satu benda baru bg instedt haha so sebelum lakukan akviti ni en shariman kenalkan semua anatomy dan alat yang perlu ada dalam navigation nih,termasuk cara pegang kompas yang betul!so lain org lain cara dye,tapi tetap konsep yang sama!

kitaorg diberi 2 kompas satu parang dan 3 control marker,so tugas nye diberi jarak 200 meter so mula menembak!hahaha so amat senang dan agak boring jugak sebab 3 control marker dan kawasan yang memang xmencabar!so lepas buat tukar information cari yang kumpulan lain pulak!ada 4 gruop pecah ikot sungai!
so mcm tu je la navigation!

seterusnye adalah aktiviti yang paling semua org tunggu siapa yang datang camp nih!tipu kalau dyeorg tak teruja ataw nak buat aktiviti yang dianggap paling mencabar!

SURVIVOR!ikthiar hidup!
ape tu story siket,bagaimana org dalam hutan dengan tiada kelengkapan yang cukup ataw makanan yang cukup tempat yang tak selesa,dan bagaimana dye manage hidup time tu,so sangat-sangat banyak memberi kita pengajaran aktiviti ni,sangat banyak nilai-nilai yang berguna dalam aktiviti ni!ada benda yang kita boleh kongsi dalam hidup ni ada benda yang akan tetap menjadi rahsia disebabkan kita kadang2 tak taw bagaimana nk cerita!haha eh ape aku mengarot nih!

first sekali berkumpul mengikut sungai dibawah khemah pusat yang sape buat?hahhaa
en shariman yang ambek tugas ni.kitaorg diberi duit 950 ringit malaysia!dan kitaorg diberi lebih pada 15 jenis barang utk dibeli dengan menggunakan duit yang diberi! ringkas nye semua harga sekitar 100 dan 50 ringit satu barang! 950 ringgit kitaorg beli
flysheet
garam
beras
PFD{personal flotation device
parang
stein{bekas nk msk nasi}
lilin
lilin askar
air dan botol
mancis!
rase nye ni je kot barang yang kitaorg beli!abes 950 ringgit malaysia
ape yang kitaorg bincang dan setuju adalah terbaik dari kitaorg punya group dan group kitaorg adalah satu satu nye group dalam gunung santubong yang beli PFD.pada awalnye pfd bukan dalam senarai sehingga aku teringat,keselamatan adalah 3 benda utama dalam aktiviti outdoor so aku tegaskan jugak untuk beli sebab aku percaya memang akan menjadi sangt berguna nanti!

bermula dengan acara merendam diri didalam air sungai yang sangat sejuk,so kitaorg ke tempat aktiviti survivor ni dengan keadaan basah!selesai kitaorg berjalan dalam satu group yang besar sebelum berpecah utk ke haluan masing2!satu sungai ambek kenderaan!group org kaya!hahha

group aku dapat tempat yang agak mencabar lalang tinggi sampai ke perut!dengan semak gila,pagar kat bawah kaki,so memang da blur gila time tu!ape2 ambek keputusan untuk bersihkan semua dulu,so far semua buat kerja!best jugak sbb kerja pun mmg kitaorg je handle,komitmen semua tempat tu dah nampak agak selesa!terpksa tebang pokok untuk tiang nk ikat flysheet,ditambah dengan tanah gali sikit tapi air bertakung banyak gila!xpe kitaorg teruskan kan jugak!dengan hari yang sangat panas!yang mana kitaorg sepatutnye menikmati makanan tengahari time tu!sangat dahaga!sangat lapar dan sangat penat!yang lain da bergilir tidur!tapi aku tetap tak sedap hati,sebab preparation untuk malam belum cukup!kayu api!api yang menerangi malam kitaorg,tempat sangat bersamun dan sangt gelap bila malam menjelma!so aku paham semua team mate penat biakan dyeorg berehat disamping aku cuba tidur tapi masih tak dapat!hari semakin tua aku rase mcm da nk petang so aku ajak ijaq untuk cari kayu api!faiz ngan muaz still di tempat tu bersihkan mana yang belum kemas!cari kayu api nampak simple cari kan!so tempat kitaorg mmg sangat kurang kayu api!i mean kayu burok,so memandangkan bekal yang sangt kurang aku tekad utk pergi tempat yang agak semak ke belakang,jauh tak la jauh sangat,tapi aku rase masa mula2 nk masuk tempat tu aku dengar en snake bg amaran so aku xjadi pergi,asal aku langkah je dia bunyi,aku langkah dia bunyi so mmg tak jadi nk masuk situ!tapi memandangkan memang sangat memerlukan aku ajak ijaq pg jugak kali ni mmg dah tak ada bunyi so ape lagi masuk je la!so mmg banyak kayu yang kitaorg dapat,besar2,byk kayu yang mati,besar tapi ringan,ada jugak yang da ditebang,so ambek je la,
done aku rase bekalan mengcukupi sampai ke pagi esk!petang tu aku nk semayang asar peraturan dye jika ada org kat tasik tu aku mmg tak boleh pergi,so kebetulan mmg tak ada so aku pergi je,masa tu aku pergi dengan faiz,tiba2 affan dengan awe datang,aku da ckp jgn datang nati en shariman nampak boelh sakit!dah dye yang tak nak lari bukan aku tak cakap,kantoi akhirnya!aku tak taw pulak affan dengan awe kena denda buat khemah sendiri 2 org!aku taw masa nk pergi ambek air smayang utk solat magrib,aku tengok affan ada di part yang tadi kosong sekarang dyeorg da psang flysheet!dia berdua dengan awe!

MALAM da tiba!aku nyalakan api bila time mula gelap!selesai solat magrib dengan isyak kerja malam tu jaga api je!so awal2 semua satu group ada kat unggun api tu,so ada la cerita disebalik cerita pasal diri masing2 tapi tak banyak la, mula-mula bdk perempuan tidur sebab dyeorg agak byk gak buat keje siang td,cari kayu api!
so perempuan kan sikit pun mmg jadi banyak hahaha,so ijaq ngan muaz da tertdo sambil duduk!sampai ijaq kasut terbakar!haha faiz dengan aku still dengan api,control nk bakar lebih2 pun xguna jugak!yang penting kayu api perlu bertahan sampai pagi esk!
lama jugak sementara tu banyak kali gak fasi en shariman dan en azizul datang kat tempat kitaorg!fasi ada 2 kali datang ambek kayu api dan bara api untuk bagi kat affan dengan awe!kesian betul dyeorg kejap je da abes kayu nye!tu la degil sangat!
hahaha.
jam tak ada so tak taw pukul bape masa aku jaga tu dyeorg da tukar sentri ijat faiz ngan muaz tdo bdk2 perempuan da plak jaga api sebenarnya bukan tempat!hahha so kesian giler aku tengok semua tertidur terduduk,mlm yang agak sejuk dan banyak nyamuk,agak selesa jugak bila dekat dengan api tu!aku terbaring gak time tu dalam tapi kat tepi api tu je sebab aku xsedap hati nk pergi tidur kat tempat khemah aku tu!sebab takot semua tertidur!so tukar lagi budak laki pulak bangun perempuan tidur balik!tapi aku masih disitu!menbulatkan mata yang mmg da layu dan meminta untuk pejam!sangat penat dan mengantok,so aku mitak faiz jaga api kejap utk aku lelapkan mata,beralaskan lalang yang ditebas dan berbantalkan kayu api aku terlelap,dan menharapkan aku bgn da cerah!hahha aku rase tak lama aku terlelap kejap je,sbb aku rase mcm api da malap,aku bangun tgk faiz semua terdudk tidur!so aku keraskan mata jaga api!dari smlm aku rase langit seakan akan nk cerah!tapi tak cerah2!aku rase macam lama gila mlm tu!tunggu lagi da bape kali budak2 bgn tidur cakap 'eh xcerah lagi td da mcm nk terang'hahaha aku yang menunggu kat depan api ni ape tah lagi!tunggu punya tunggu tak cerah jugak,aku rase mcm 2 malam tanpa siang pulak mlm tu!mmg lama gila,langit da merah tapi berapa lama dia merah tapi still tak siang lagi!rotate blk aku terlelap masa ijaq cari kayu api dengan fasi masa tu pukul bape entah!aku bgn tak jugak cerah lagi!aduhai bila nk siang nih?????????????????
lpas tu aku mmg da tak tidur aku cuba gerak ijaq utk cari kayu api dekat2 s2 tp ijaq bgn pgg parang terlelap balk,hahaha kelakar pun ada,yang budak perempuan lagi la,rotate ddk depan api pastu tertdo dengar aku patah kan kayu,buat2 usik kayu bara konon tak tidur la hahaha sape tu?yana yang lain mmg tak la,ye la aku paham penat kesian dyeorg!rajin kot,eh terlupa nk cerita kitaorg bli beras lpas isyk budak perempuan masak bubur dengan garam,not bad la lagi2 tengah2 lapar sangat2,hahaha sikit sorang je dapat sebab sangat sikit la beras yang dibeli dengan harga seratus ringgit tu!secekak pun xsampai,suku dari cekak ada la.bayangkan!survivor katakan!hahaha

malam berganti malam!maknanye macam tak nak siang!lama betul aku tunggu!beratus jam aku rase!aduhai!tunggu punya tunggu akhirnya langit sedikit cerah dan semakin cerah!cerah lagi ,lagi cerah hahaha,masa da cerah tu semua da terbangun!so kitaorg dah mula tergelak dengan cerita mlm yang panjang!mcm2 cerita!hahaha

actually la kan group sungai tembeling masa korang tidur aku sorang terjaga!aku dengar mcm2 dalam semak tu,mcm org berlari pun ada,mcm binatang berjalan pelahan pun ada,tapi tak tau la ape sebernanya cuma aku tak bagitau kat korang takot korang pikir tu encik hantu ke kan!so aku tahan takot buat muka selamba gagah!hahahhapadahal dalam hati tuhan je taw!gelak-gelak en shariman sampai!!fuhh akhirnya sampai disini la sahaja perjuangan survivor kitaorg!dengan bara terkhir mungkin markah lebih disitu hahaha!selesai dengan markah kitaorg dijemput fasi untuk pulang ke perkarangan camp murni yang mewah dengan makanan!!!hahaha kitaorg berjalan sampai je di campsite nyanyian lagu gemuruh dari kawan2 buat aku terharu dengan gaya tersendiri zakwan ahmad yang sangt bersemangat nyanyi lagu tu,tergelak je pagi tu,sedikit post morten dan cerita en shariman ttg mlm tu,dan amaran cerita segala tentang survivor dirahsiakan!lepas tu kami diberi hidangan bubur yang sangat best!sumpah best bubur tu,tapi kalau ayam banyak lagi mesti lagi best hahaha!bubur sebab seharian makanan tak masuk so bubur membantu proses makanan tu masuk dengan selesa! dan kami bersedia utk aktiviti seterusnya!page lain plak!

No comments:

Post a Comment