Wednesday, August 25, 2010

08.08.2010

Aktiviti hari terakhir seperti kebiasaan macam hari sebelumnye,tapi kitaorg agak lambat sikit solat subuh sebab kitaorg semua terjaga dari tidur mmg kitaorg semua penat sgt.so lepas je kitaorg solat subuh kitaorg berkumpul di satu tempat,pagi tu kitaorg semua nampak mcm lesu keletihan sangat,pagi tu kitaorg buat senaman pagi dengan lakukan aktiviti lompat utk jantung!hahha tali skiping! ada senior dari shah alam kitaorg datang pagi tu dengan ajar beberapa step yang basic je la just utk keluar peluh pagi tu,have fun gak ah time tu.ada 2 group sebab kawasan terlalu sempit so dia bahagi pada 2 group mula2 aku main game dulu lepas pada tu aku baru main tali skiping.
abes senaman pagi kitaorg balik ke khemah pusat utk mkn makanan pagi ,sebagai penghulu aku dah rase macam macam aku kena buat,terpekik sini terpekik kat sana,fuhh dasyat gila sebab aku terpaksa buat benda yang aku tak suka buat.iaitu bagi arahan hahaha nak tak nak diaorg kena ikut juga.lepas tu group aku sambung untuk teruskan aktiviti seterusnya,group aku buat orienteering,orienteering secara teori kitaorg da buat so mmg wakil dari shah alam expert la bahagian orienteering ni aku rase.cuma dari jengka dengan instedt tak kurang hebat ah tapi diaorg cara pegang pon salah yang lain diaorg mmg dah taw asas2 nk bace bearing nk tgk kompas tu,so aktiviti kali nih mmg aku rase tak ada masalah la kan,kitaorg berjaya buat 10 checkpoint untuk sampai ke camp site.maximun yang dibagi adalah 12 so 10 tu antara yang terbaik la kan.lepas jew kitaorg buat orientering ni,ala tak lama pun sekejap je pastu kitaorg berkumpul dalam satu tempat,mcm biasa la buat post morterm so ape yang nilai murni and ape yang kita semua dapat masa buat aktiviti ni.first bagi pandangan aku at least lepas ni kalau di beri kompas insyallah dengan keizinan Allah S.W.T tak kan sesat dalam hutan,kedua dengan checkpoint yang kitaorg da tandakan insyallah boleh membantu org yang sesat dalam hutan tu.mana la tau kan takot2 ada yang sesat so dengan ape yang kitaorg da siapkan dengan laluan jalan kaki sekali,sedikit sebanyak bantu orang yang sesat dalam hutan tu.dalam masa yang sama kat dalam hutan tu adalah mcm2 pokok yang boleh kita taw dan kenal selain keamanan flora dan fauna yang boleh kita nikmati dan banyak lagi la aku belajar dari aktiviti ni sebenarnya.kan aku cerita tak abes so aku rase siapa yang bace patot cuba semua aktviiti yang aku lakukan!







selesai aktiviti orientering aku!hahaha aktiviti yang terakhir sudah terlaksana so group aku dah boleh set dalam kepala untuk balik dan tidur sepuas-puas nye.haha setelah semua berkumpul dengan arahan yang diberi tidak lah semudah yang aku fikir dan tidak la seringan aku sangka lagi2 tugas sebagai penghulu!masa last2 semua fasi da ada aktiviti diaorg masing-masing so tugas aku direct dapat arahan dari en shariman,fuhhhh aku nk cerita pun dah menhela nafas panjang,aku nk cerita pun macam dah letih sangat,dasyat gila pada hari terakhir yang aku tak sangka tugas penghulu seberat macam ni.first aku dapat arahan kumpulkan semua kat satu tempat lepas tu agihkan tugas siapa yang bersihkan semua khemah penempatan dan en shariman berikan 15 minit utk group yang dari blind trial bersihkan diri dan 25 minit mereka yang menguruskan khemah penempatan.so en shariman hanya bagi arahan kepada aku dan aku sampaikan kepada semua yg terlibat,dan jika dalam masa yang diberi melebihi aku akan didenda,every 3 minute aku ingatkan mereka tentang masa yang masih tinggal,malangnye hanya beberapa org je yang ada kat tempat sepatutnya berkumpul selepas masa 15 utk blind trial tamat.so aku dengan penghuluwati terpaksa buat jump star dan hanya berhenti apabila semua group yang buat blind trial berkumpul dalam masa yang sama aku still boleh push supaya dyeorg cepat,so senang cerita kerja aku hari tu kan terpekik je memanjang,kat sini aku nk share ah perasaan aku time aku kena buat jump star nih.kalau nk ikotkan jam tangan aku.aku dengan yana[penghuluwati] terpaksa lompat bintang tu lebih dari sepuluh minit,tp aku paham kalau diaorg tak cukup 15 minit tapi sekurang kurangnye tunjuk la sikit yang korang prihatin kalau tak kat aku tapi yana kat sebelah dia perempuan bayang kan lebih dari 10 minit dia terpaksa buat lompat bintang,ape yang aku kesal sangat sampai aku rase dah putus asa nk beri arahan tapi disebabkan ada org lain selain aku yang kena lagipun itu adalah tanggungjawab aku so aku ambek itu sebagai pelajaran yang paling berguna bagi aku,boleh tak korang seme sesiapa yang bace ni la,bayangkan ape perasaan korang dah sepuluh minit korang terpaksa buat lompat bintang ada lagi yang terhegeh2 pakai seluar mcm nk keluar pg town dengan siap letak minyak rambut,ada lagi budak perempuan yang berjalan lenggang dengan pipi merah dengan make up,tak pernah ke ataw tak terlintas ke dia fikir macam mana kalau dia yang kena dan ape perasaan dia kalau aku yang buat macam tu.aku xkesah kalau dyeorg tak peduli pasal aku,aku tak kesah kalau aku terpaksa pergi ke situ ke sana dan aku tak kesah kalau mereka tu semua tak suka aku tapi biar ada rase kemanusiaan la sikit,kesian gila kat yana time tu dan aku respect gila yana lepas kejadian tu,aku respect dye sebab dye langsung xmerungut menangis ke walaupun dye banyak kali berhenti but she still gagahkan diri,lepas pada tu aku tny la dye ok ke tak.dia masih boleh tersenyum she prove something wakil dari insted walaupun diaorg tak ramai tapi diaorg lebih berkualiti!kerja aku tak abes kat situ je.aku terpaksa berlari ke sana ke mari nk handle pasal makan tengahri nk handle pasal semua khemah utama.nk handle barang2 yang nk load dalam van.keadaan aku amat huru hara,dalam masa yang sama en shariman ttp terus memberi setiap kerja dengan limit masa.dan jika lambat hukuman yang sama akan diterima oleh org yang dipilih,so masa ni la diaorg baru nk terpekik suruh semua buat kerja dengan cepat baru nk marah org yang lambt pastu keluar perkataan yang kurang sedap didengar even aku lebih lama kena lompat bintang tu tapi aku tak pernah panggil semua dengan menda2 yang mengarut sebab bagi aku setiap menda yang sukar dimata aku,aku cuba meletakkan diri aku ditempat org yang kena.so aku rase kalau mcm tu cara insyallah kita akan cuba buat yang terbaik bukan sahaja utk diri kita tapi utk semua,selepas kitaorg solat berjemaah pastu aku jemput semua lecture utk makan tengahari tapi en Hisyam tak join kitaorg makan sekali,hanya sepuluh minit kitaorg ambek masa utk makan.aku tak taw ape ubat en shariman pakai tapi cara dia cukup simple tanpa perlu memekik tapi entah hari last tu semua mcm baru dapat semangat dengan motor KERJA ,KERJA,KERJA yang dasyat akhirnye kitaorg berjaya menyelesaikan segala-galanya dengan jayanya.lepas semua da settle kawasan penempatan da clear ,tandas da bersih barang da loading,semua khemah dah di kemas kan,so hanya la tinggal time bergambar hahahaha.semua lecture dan semua fasi yang terlibat sekali utk memenuhi setiap ruang gambar hari tu.
lepas tu kitaorg terpaksa berjalan hingga ke pintu pagar depan untuk tunggu bas untuk balik ke shah alam,uitm dihatiku!!!so tak lama kitaorg sampai di shah alam ,pelajar dari jengka tolong kemas kan semua peralatan yang dibawa so wakil dari shah alam hanya rest sebab kitaorg da banyak buat kerja sebelum pergi so adil la mcm tu.selepas semuanya selesai,pemberian cenderehati kepada nc dari pengarah projek setiap wakil campus,sepatah dua kata dari semua lecture yang terlibat,dan akhirnya en hisyam dengan rasminye mengakhiri perkhemahan kami semua,dan saling bermaafan antara semua peserta fasi dan juga lecture akhirnya selesai sudah segala galanya.
aku dapat banyak feedback yang positif dari lecture,fasi.mahupun kawan2 pasal penghulu ,ada juga yang suruh aku jadi penghulu untuk final,lupakan je la aku nk jugak orang lain merasa pengelaman yang aku lalui.selamat berjumpa lagi korang semua di gomping untuk final camp.jumpa nanti!

1 comment:

  1. ijat...buat la paragraph... sakit mate nk bace ni..huhu...

    ReplyDelete